Tuesday, January 27, 2009

Penubuhan K-RAMAT

Apa itu k-RAMAT

k-RAMAT atau Koperasi Radio Amatur Malaysia telah ditubuhkan atas dasar untuk membina satu rangkaian komprehensif peminat radio amatur yang telah sedia ada di Malaysia ini. k-RAMAT juga berfungsi untuk memberi kebajikan kepada semua ahli dalam pelbagai bentuk kelebihan yang akan ditawarkan oleh koperasi k-RAMAT ini.

untuk keterangan lebih lanjut sila klik link di bawah :

http://k-ramat .blogspot.com

Tuesday, January 13, 2009


Al-Fatihah - Ayahanda 9W2STN

Pihak Jawatankuasa PERAMAH Temerloh mengucapkan Takziah kepada keluarga 9W2STN Pak Abu Borhan diatas pemergian ayahanda beliau ke Rahmatullah pada 11 Jan 2009 @ 5.00pm bersamaan 14 Muharram 1430H dirumah ayahanda beliau di Kg Tanjung Besar, Paya Pulai, Temerloh.
Semoga roh ayahanda beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

Sunday, January 4, 2009

TEMERLOH BANDAR IKAN PATIN

Pada 3hb Januari 2009, Majalah 3 telah menayangkan kisah Temerloh yang terkenal dengan jolokan bandar ikan patin....

Ramai yanag sedia maklum tentang ini, lebih bagus lagi TV3 telah menyiarkan dokumentari tentang ikan patin....

Sila klik di bawah untuk melihat dokumentari tersebut :

Saturday, January 3, 2009

EVENT SULONG PERAMAH CAWANGAN TEMERLOH 2009






Pada 3 Januari 2009 Peramah cawangan Temerloh&Bera telah membuka satu khemah pameran bertempat di Kg SOKMEK Lanchang Pahang bagi memberitahu dan memberi penerangan tentang kelebihan Radio Amatur. Program ini telah di pelawa oleh MKN(Majlis Keselamatan Negara) dan anjuran bersama JKKK kg SOKMEK Lanchang. Kg ini terletak kira-kira 35km dari bandar Temerloh.


Program ini telah di rasmikan oleh Adun Lanchang YB.DATO' HAJI MOHD.SHARKAR BIN HAJI SHAMSUDIN juga merangkap Exco Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang. Beliau sempat melawat ke gerai Radio Amatur. Beliau juga adalah penaung bagi Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang.


Rakan2 Radio Amatur dari daerah Temerloh, Bera dan Karak telah bergabung bagi menjayakan program ini. Antara yang hadir :


Temerloh :9W2RZL,9W2GUU,9W2MHR,9W2TLA,9W2DJA,9W2KBM,9W2STN,9W2RPY,9W2MEC, 9W2KCW, 9W2BKH, 9W2ELK, 9W2VMS


Bera : 9W2TWH & SWL BDG

Karak : 9W2OCB & 0W2RA

Terima Kasih & Tahniah kepada rakan2 kerana sudi melapangkan masa bagi menjayakan program ini...

Monday, December 29, 2008

GPS model baru lebih menarik


Salam rakan2....

mana2 rakan2 yang berminat untuk memiliki GPS(global positioning system)

saya ada menjual nya dengan harga yang mampu di miliki...

sila layari web di bawah untuk keterangan lanjut :




hubungi saya : 019-9304107 khairul (9w2kbm)

Saturday, December 27, 2008

Selamat Tahun Baru 2009/1430

Assalamualaikum...w.b.t

dan salam kontek perdana bagi yang baru mengenali diri saya



Kita telah di panjangkan umur lagi untuk melangkah setahun lagi kehadapan..Alhamdulillah..



Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana di beri peluang lagi untuk manfaatkan hidup yang sementara ni untuk menghambakan diri kepada NYA..



Semoga tahun yang mendatang ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya...



Selamat Tahun Baru 2009 dan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 hijrah

Monday, December 15, 2008

Selamat Menduduki exam RAE 2/2008


Salam sejahtera kepada semua rakan2 yang akan mengambil peperiksaan RAE pada 17/12/2008 , doa dipohonkan semoga anda berjaya.