Monday, July 13, 2009

ECO HERITAGE RIDE 2009

Rider2 tengah mendaki bukit yang curam dan licin

Best sungai ni..jernih..sempat gak berendam..hehe..tak tau nama pe sungai ni..klu nak tau tanya VMS la..kampung dia ni hehe..


Rider2 tengah dengar taklimat sebelum starting


Orang kuat Event ni...9W2VMS(abg) 9W2BKH (acai) & 9W2NAA.....


Koi n 9W2FRD (bung Firdaus) ada lagi 2 org dr Temerloh tai takde gambo...sori




Friday, May 22, 2009

Monday, April 27, 2009

CW vs SMS...siapa menang?

Salam.......

Salah satu faktor yang kuat selain mengupgred lesen ke kelas A....video ni jawapan nya...

Jom tengok.....

Saturday, March 7, 2009

Menceburi bidang baru dunia BERBASIKAL



Selepas kecederaan di lutut & buku lali koi...tak boleh nak main bola dah...,


kena cari alternatif lain untuk beriadah..


jadi koi pilih acara berbasikal la pulok...hehe


kena kuor modal la skit..tp berbaloi untuk kesihatan....


baru 2 minggu berbasikal......


tapi sekarang dah ada rakan untuk berbasikal iaitu 9W2KST....


setakat nak kayuh 20-30 km tu permulaan ni takde masalah setakat ni...


kalau ada rakan2 nak join..moh la..bukan lama pn kayuh nya...


1 jam pn dah basah baju..hehe...


anyway...BERBASIKAL LAH UNTUK KESIHATAN ANDA


Mensyuarat AGONG PERAMAH 2009

Di jemput rakan2 di jajahan Temerloh/Bera untuk menghadiri mensyuarat Agong Peramah 2009


Notis Mesyuarat Agong PERAMAH 2009
Dengan segala hormatnya Mesyuarat Agong PERAMAH 2009 akan diadakan pada tarikh seperti berikut :
Tarikh : 21 Mac 2009
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kompleks Belia & Sukan

Tuesday, January 27, 2009

Penubuhan K-RAMAT

Apa itu k-RAMAT

k-RAMAT atau Koperasi Radio Amatur Malaysia telah ditubuhkan atas dasar untuk membina satu rangkaian komprehensif peminat radio amatur yang telah sedia ada di Malaysia ini. k-RAMAT juga berfungsi untuk memberi kebajikan kepada semua ahli dalam pelbagai bentuk kelebihan yang akan ditawarkan oleh koperasi k-RAMAT ini.

untuk keterangan lebih lanjut sila klik link di bawah :

http://k-ramat .blogspot.com

Tuesday, January 13, 2009


Al-Fatihah - Ayahanda 9W2STN

Pihak Jawatankuasa PERAMAH Temerloh mengucapkan Takziah kepada keluarga 9W2STN Pak Abu Borhan diatas pemergian ayahanda beliau ke Rahmatullah pada 11 Jan 2009 @ 5.00pm bersamaan 14 Muharram 1430H dirumah ayahanda beliau di Kg Tanjung Besar, Paya Pulai, Temerloh.
Semoga roh ayahanda beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

Sunday, January 4, 2009

TEMERLOH BANDAR IKAN PATIN

Pada 3hb Januari 2009, Majalah 3 telah menayangkan kisah Temerloh yang terkenal dengan jolokan bandar ikan patin....

Ramai yanag sedia maklum tentang ini, lebih bagus lagi TV3 telah menyiarkan dokumentari tentang ikan patin....

Sila klik di bawah untuk melihat dokumentari tersebut :

Saturday, January 3, 2009

EVENT SULONG PERAMAH CAWANGAN TEMERLOH 2009






Pada 3 Januari 2009 Peramah cawangan Temerloh&Bera telah membuka satu khemah pameran bertempat di Kg SOKMEK Lanchang Pahang bagi memberitahu dan memberi penerangan tentang kelebihan Radio Amatur. Program ini telah di pelawa oleh MKN(Majlis Keselamatan Negara) dan anjuran bersama JKKK kg SOKMEK Lanchang. Kg ini terletak kira-kira 35km dari bandar Temerloh.


Program ini telah di rasmikan oleh Adun Lanchang YB.DATO' HAJI MOHD.SHARKAR BIN HAJI SHAMSUDIN juga merangkap Exco Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang. Beliau sempat melawat ke gerai Radio Amatur. Beliau juga adalah penaung bagi Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang.


Rakan2 Radio Amatur dari daerah Temerloh, Bera dan Karak telah bergabung bagi menjayakan program ini. Antara yang hadir :


Temerloh :9W2RZL,9W2GUU,9W2MHR,9W2TLA,9W2DJA,9W2KBM,9W2STN,9W2RPY,9W2MEC, 9W2KCW, 9W2BKH, 9W2ELK, 9W2VMS


Bera : 9W2TWH & SWL BDG

Karak : 9W2OCB & 0W2RA

Terima Kasih & Tahniah kepada rakan2 kerana sudi melapangkan masa bagi menjayakan program ini...